Beruntungnya Dapat Pahala Berterusan
Sehingga Hari Kiamat

ANAK BERUSIA 7 TAHUN BERJUANG DEMI SETITIS AIR

Cuba kita bayangkan, Siti AIsyah seorang kanak-kanak berusia lingkungan 7 tahun setiap pagi berjalan kaki sejauh 1km demi mencari bekalan air bersih. Bukannya bangun dengan senyuman bersedia ke sekolah, tetapi dia bangun dengan penuh kerisauan, berjalan kaki selama 40 minit demi mencari sumber air untuk keluarganya.

Sementara anak-anak kita bangun bersiap untuk ke sekolah, sempat tersenyum berpelukan bersama ibu bapa, menikmati sarapan pagi yang berkhasiat, sedang anak-anak di kemboja seperti Aisyah berjuang demi mendapatkan setitis air

Anda bayangkan mereka menghadapi Situasi ini setiap hari ...

Berita Baik Buat Anda !

Tahniah Sebab Iklan Ni Keluar Pada Timeline Anda!
Anda berpeluang untuk mendapat pahala berterusan sehingga ke akhirat?

Anda merupakan insan pilihan Allah untuk bersama-sama dalam membantu usaha pembinaan telaga melalui wakaf telaga atau wakaf perigi ini.

Sebanyak 50 buah telaga diperlukan

Wakaf telaga air merujuk pada bantuan kewangan yang diberikan untuk pembinaan perigi air bagi penduduk kawasan yang tiada bekalan air berpaip. Salah satu negara yang memerlukan bantuan ini adalah Kemboja.

Mengapa Kemboja Memerlukan Bantuan Anda

Walaupun Kemboja dikelilingi dengan keindahan semula jadi, negara ini berhadapan dengan cabaran bekalan air yang serius.

Dengan tiga musim yang berbeza - musim sejuk yang berlangsung dari November ke Februari, musim panas dari Mac hingga Mei, dan musim hujan antara Jun hingga Oktober - Kemboja hanya mendapat curahan hujan yang cukup semasa beberapa bulan sahaja dalam setahun.

Bukan sahaja faktor cuaca, tapi keterbatasan infrastruktur juga mempengaruhi kemampuan kerajaan Kemboja untuk menyediakan air bersih untuk rakyatnya.

Pertubuhan Al-Ridzuan berkhidmat dengan kerjasama daripada pihak kontraktor tempatan untuk tiga jenis wakaf telaga khusus untuk membantu meningkatkan akses air bersih di Kemboja :


Perigi Pam :
Ideal untuk kawasan tanah tanpa batuan.

Perigi Palong :
Bagi kawasan tanah yang berbatu yang memerlukan bekalan air yang konsisten.

Perigi Berpusat :
Solusi untuk daerah dengan paras air dalam, memberi komuniti tempatan sumber air yang mereka perlukan

Kenapa Kita Digalakkan Membuat Wakaf Telaga

Dalam satu dail yang kuat Sabda Rasulullah s.a.w daripada Abu Hurairah r.a, Baginda telah bersabda

Maksudnya:
“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

✔ Ilmu yang diajar dan disebar
✔Anak soleh yang ditinggalkan
✔Mushaf al-Quran yang diwariskan
✔Masjid yang dibina
✔Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan
✔Sungai yang dialirkan untuk kepentingan orang ramai
✔Sedekah yang dikeluarkan dari harta ketika sihat dan hidup”


Riwayat Ibn Majah,
Hadis ke 242


Berdasarkan hadith ini, sungai yang dialirkan juga dapat memberi makna menggali perigi untuk kegunaan ramai dan bahkan manfaatnya akan kekal selagimana telaga ini terus wujud digunakan.

Hadis ini menjelaskan betapa besarnya fadhilat wakaf perigi air sebagai amal jariyah selepas mati.

Kelebihan & Fadhilat Wakaf Pembinaan Telaga

Telaga Yang Sudah Kami Bina

Setiap ringgit daripada dana yang tuan puan sumbangkan kepada projek pembangunan telaga ini,

Akan digunakan kepada pembinaan telaga-telaga di perkampungan muslim di Kemboja

Sa'ad ibn Ubadah (RA) meriwayatkan :

Sa'ad bertanya kepada Rasulullah (ﷺ), “Ibunya Sa'ad telah meninggal, bentuk sedekah apa yang terbaik?”Rasulullah (ﷺ) menjawab, “Air.

” Maka beliau menggali perigi dan mengatakan,Ini untuk ibunya Sa'ad (sebagai wakaf)

(Abu Dawud & Nasa'i)

Walau kecil, Sumbangan Anda Sangat Bermakna Buat Kami

Walaupun kita tidak dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah, tetapi dengan sedikit usaha kita untuk membantu mewakafkan pembinaan telaga di kemboja ini.

Yakinlah, bahawa sedikit usaha inilah yang akan menjadi saham akhirat anda.

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Mewakafkan Bagi Membantu Pembinaan Telaga Air Di Kemboja

5521 8957 0729
Pertubuhan Alridzuan
(Ref : Telaga Kemboja)

552189570729

Pertubuhan Al-Ridzuan
(Ref : Telaga Kemboja)

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Kempen Wakaf Telaga © 2023 All rights reserved.
By Pertubuhan Al Ridzuan
Term | Policies