





Pertubuhan Al Ridzuan
NO.PENDAFTARAN : PPM-028-02-22022023
Kemanusiaan Tanpa Sempadan
Satu Hati
Satu Misi
|
Bersama gerakkan ummah memperkukuh nilai Islam melalui dakwah, pendidikan, kebajikan dan pembangunan masyarakat
One Nation Humanity
Hulurkan sumbangan anda untuk pelbagai inisiatif kebajikan dan kemanusiaan.
Sertai kami dalam menjayakan inisiatif kebajikan yang memberi manfaat kepada ribuan penerima — dari bantuan makanan hingga pembangunan komuniti. Setiap sumbangan anda membina masa depan yang lebih baik.
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda
Program Sedang Berlangsung
Satu sedekah kecil, seribu doa dari mereka yang terbeban
Bakti Ummah Maahad Pattani
Mengumpul dana infaq untuk memastikan kelangsungan pendidikan, kebajikan, dan pembangunan Maahad Hifzul Quran Lil Banat sebagai pusat melahirkan hafizah berkualiti.
Alir Qaseh Ummah Kemboja
Menyediakan sumber air bersih melalui pembinaan telaga bagi membantu komuniti Islam di Kemboja meningkatkan taraf kesihatan, kebajikan, dan kualiti kehidupan seharian.
Korban Qaseh
Ummah
ibadah Korban dalam dan luar negara bagi membantu asnaf serta komuniti Islam menerima bekalan daging segar, meningkatkan kesejahteraan hidup, dan mengeratkan ukhuwah sesama Muslim.
Kit Selimut Putih
set kit jenazah lengkap bagi membantu komuniti memerlukan (asnaf)Islam melaksanakan pengurusan jenazah dengan mudah, cepat, dan menepati syariat, sambil meningkatkan kesedaran kepentingan persediaan awal.
Kempen Bumi Syam
Gaza sedang bergelut antara hidup dan mati. Hospital lumpuh tanpa bekalan, anak-anak kecil menahan lapar dan kesejukan. Dalam derita mereka, masih ada harapan-harapan yang datang daripada tangan-tangan kita.Sertai kempen Darurat Ummah – Bantuan Bumi Syam
Hulurkan infaq kasih anda hari ini.
Sertai EcoQaseh
Program amal kutipan fabrik terpakai bersama sukarelawan untuk kitar semula, jana dana kebajikan Maahad Hifzul Quran(Selatan Thai)Pattani, sambil lindungi alam sekitar.
– Sumbangan masa dan tenaga membantu kerja amal
– Bina pengalaman kerja lapangan
– Makanan & sijil disediakan
Penghargaan / Appreciation
Objektif Pertubuhan
Pertubuhan Al Ridzuan (PAR) diasaskan pada tahun 2022 sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang. Sejak penubuhannya, PAR telah aktif menganjurkan pelbagai program kebajikan, bantuan kemanusiaan dan aktiviti sukarelawan khususnya untuk membantu fakir miskin, golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, dan komuniti yang terkesan akibat bencana.
Objektif utama PAR adalah memastikan tiada individu atau keluarga yang tercicir daripada mendapat bantuan asas untuk meneruskan kehidupan. Dana yang diterima daripada orang ramai, syarikat korporat, badan kerajaan mahupun NGO lain akan disalurkan secara telus, amanah dan efektif bagi memastikan impak bantuan dapat dirasai secara langsung oleh penerima.
Selaras dengan slogan “IHSAN TANPA SEMPADAN”, PAR memberikan bantuan tanpa mengira sempadan negara, agama atau bangsa. Kami percaya bahawa nilai kasih sayang dan kemanusiaan adalah hak setiap insan, dan komitmen ini menjadi teras perjuangan kami dalam membina masyarakat yang prihatin, bersatu dan saling menyokong.